Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah adalah acara CSR yang dianjurkan oleh CheckPointSpot dengan kerjasama gerakan Rasuah Busters. Acara ini memberikan ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat lantang serta menunjukkan solidariti bagi menentang budaya rasuah di negara Malaysia tercinta. Acara ini mensasarkan seramai 10.000 rakyat Malaysia bagi mengumpulkan 100 juta langkah dalam masa 30 hari. Setiap langkah akan mewakili usaha kita dalam membanteras budaya rasuah.

PERUBAHAN BERMULA DARI ANDA

Sekiranya anda berpendapat rasuah merosakkan negara kita, dan ingin membuat perubahan bersama dengan semua rakyat Malaysia, jangan teragak-agak untuk sertai kami dalam acara ini. Daftarkan diri dan keluarga anda untuk menjadi sebahagian daripada gerakan menentang rasuah. Penyertaan bagi acara ini adalah PERCUMA! Jangan lupa untuk berkongsi dan menjemput rakan anda untuk menyertai acara ini.

Apabila selesai mendaftar, mulakan kiraan setiap langkah anda sewaktu melakukan aktiviti harian selama 30 hari. Setelah selesai 30 hari, hantarkan jumlah langkah kepada kami. Jumlah langkah anda bersama dengan semua rakyat Malaysia yang menyertai acara ini akan dikira. Sasaran acara ini adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 100 juta langkah.

MAKLUMAT ACARA

SUMBANGAN ANDA

  • Keikhlasan & usaha anda agar Malaysia bebas daripada bahana rasuah
  • Kiraan langkah anda

APA YANG ANDA DAPAT?

  • Sijil Pencapaian
  • Sijil Penyertaan
  • Cabutan bertuah

CARA MENDAFTAR

LANGKAH 1:

Pilih jumlah langkah yang anda IKRAR untuk berjalan.

  • 10,000 (Sijil Ikrar Gangsa)
  • 20,000 (Sijil Ikrar Perak)
  • 50,000 (Sijil Ikrar Emas)

Jumlah Langkah di ikrar anda hanyalah inspirasi dan pemangkin semangat diri. Namun, tiada masalah sekiranya anda tidak dapat melengkapkan jumlah langkah atau berjalan lebih daripada jumlah langkah yang anda pilih. Lebih banyak Langkah, lebih bersemangat sumbangan anda.

LANGKAH 2:

Pendaftaran acara adalah PERCUMA.

Anda boleh pilih untuk membeli baju dan pelekat kenderaan bagi acara ini. Anda tidak semestinya beli dan bergantung kepada pilihan masing-masing.

LANGKAH 3:

E-mel pengesahan akan dikirim sebaik sahaja anda Berjaya mendaftar. Sila periksa di folder spam sekiranya e-mel tersebut tidak kelihatan.

Klik pada pautan dalam e-mel untuk memuat turun sijil IKRAR anda. Kongsikan sijil ikrar di media sosial anda. Jangan lupa sertakan pautan pendaftaran dengan kod rujukan anda. Pautan yang dikongsi membolehkan keluarga dan rakan anda mendaftar. Setiap orang yang mendaftar melalui pautan rujukan anda akan dikira dalam jumlah rujukan anda. Sesiapa yang mempunyai rujukan paling tinggi berpeluang memenangi hadiah menarik.

BAJU & PELEKAT CERMIN KENDERAAN

Terdapat 3 baju dengan warna menarik untuk pilihan anda. Setiap baju berharga RM49.90. Bila anda memilihan untuk membeli baju ketika pendaftaran, anda akan dapat harga istimewa.

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

SAIZ BAJU

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

JADUAL PENGHANTARAN BAJU

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

Pakej Pelekat Cermin Kenderaan dengan kurir percuma hanya boleh ditempah ketika anda mendaftar untuk menyertai acara.

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

PELEKAT CERMIN KENDERAAN

Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah

ONLINE STOR CHECKPOINTSPOT

Anda juga boleh beli baju dan pelekat cermin kenderaan di https://checkpointspot.asia/shop/100-juta-langkah-merchandise/

M10021

M10021

KIRAAN LANGKAH

  • Anda boleh menggunakan sebarang aplikasi kesihatan di telefon bimbit anda untuk mengira langkah harian anda. Lakukan aktiviti harian seperti biasa dan biarkan aplikasi yang digunakan mengira langkah-langkah anda.
  • Aplikasi Google Fit (Android) atau Apple Health (iOS) boleh juga digunakan.
  • Setelah selesai mengira langkah sebanyak 30 hari, sila tangkap paparan gambar pada skrin aplikasi yang menunjukkan tarikh dan jumlah langkah. Muat naik rekod langkah anda ke https://vr.checkpointspot.asia/submit/100juta

TATACARA GOOGLE FIT

CABARAN “REFERRAL”

  • Setelah mendaftar, anda boleh mengajak keluarga dan rakan anda untuk mendaftar melalui pautan rujukan anda.
  • Pautan rujukan anda adalah seperti di bawah.

     https://checkpointspot.asia/event/100juta/r/[masukkan nombor pendaftaran anda]

HADIAH UNTUK DIMENANGI

  • Hadiah Pertama & ke-2: Amazfit BIP U Pro
  • Hadiah ke-3 – ke-5: Amazfit Band 5
  • Hadiah ke-6 - ke-10: Amazfit Neo
  • Hadiah Saguhati (x5): Remax Powerbank

M10021

CABUTAN BERTUAH

  • Setiap peserta berdaftar dan telah menghantar jumlah pengiraan langkah masing-masing layak untuk menyertai cabutan bertuah.
  • Cabutan bertuah akan dilakukan pada 1 Ogos 2021

HADIAH CABUTAN BERTUAH

  • Hadiah Pertama: IPhone 12 Pro
  • Hadiah ke-2: Xiaomi Poco F2 Pro
  • Hadiah ke-3 - ke-5: Xiaomi Redmi Note 10
  • Hadiah ke-6 - 10: Xiaomi Redmi 9
  • Hadiah ke-11 & ke-12: Pembersih Udara Mi
  • Hadiah ke-13: Xiaomi Mi Watch
  • Hadiah ke-14 & ke-15: Xiaomi Mi Watch Lite
  • Hadiah ke-16 - 20: Xiaomi Mi Business Bag
  • Hadiah 21 - 30: Xiaomi Mi Band 5
  • Hadiah ke-31 - 40: Xiaomi Mi Power Bank

TERMA & SYARAT

PERATURAN ACARA

  • MALAYSIA 100 JUTA LANGKAH MENENTANG RASUAH [“Acara”] terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Peserta yang berumur di bawah 18 tahun perlu mendapat persetujuan daripada ibu bapa / penjaga sebelum menyertai acara ini.
  • CheckPoint Spot Sdn Bhd [“Penganjur"] adalah penganjur bagi acara.
  • Pekerja dan keluarga pekerja CheckPoint Spot Sdn Bhd beserta Kumpulan Karangkraf boleh menyertai acara ini. Tetapi mereka tidak dibenarkan memenangi sebarang hadiah yang ditawarkan acara ini.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan yang mungkin berlaku semasa menjalankan penyertaan. Peserta yang menyertai acara ini perlu menanggung risiko sendiri.
  • Acara ini adalah acara maya. Peserta dapat melakukan pengiraan langkah di mana-mana lokasi. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kematian, kerosakan atau kehilangan harta benda, sama ada peribadi atau sebaliknya, yang dialami atau disebabkan, daripada penyertaan anda dalam acara ini.
  • Penganjur berhak untuk menyemak semula hadiah untuk Cabaran Referral & Cabutan Bertuah.
  • Penganjur berhak untuk mengubah sebarang perincian acara, atau untuk membatalkan acara pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada peserta. Sekiranya acara mesti dibatalkan, penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan dan kerugian yang berlaku.
  • Sekiranya ada ketidakpastiaan dalam salah satu ketentuan, penganjur boleh sewenang-wenangnya menafsirkan dan membuat keputusan akhir bagi permasalahan tersebut.
  • Penganjur berhak untuk menggunakan maklumat yang dikongsi semasa pendaftaran dan penyerahan oleh peserta, termasuk gambar, gambar bergerak, rakaman, atau rakaman media acara, untuk tujuan iklan komersial dan penyebaran kepada umum.
  • Segala kemaskini acara ini, termasuk perubahan pada Terma & Syarat akan dipaparkan pada halaman pendaftaran acara ini. Peserta tanggungjawab untuk terus mengikuti perkembangan dan perubahan tersebut dengan sendiri. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ketidakselesaan yang disebabkan oleh perubahan dalam acara.
  • Semua Peserta mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pandemik Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan semasa melakukan acara. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas pelanggaran terhadap sebarang peraturan dan undang-undang oleh peserta. Anda boleh merujuk kepada SOP terbaru oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di http://covid-19.moh.gov.my/

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN

  • Peserta harus berikan maklumat yang benar, tepat, lengkap dan terkini mengenai diri anda semasa melakukan pendaftaran. Sekiranya peserta memberikan maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, dan penganjur mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, penganjur boleh membatalkan pendaftaran peserta.
  • Penganjur tidak akan melayan atau bertanggungjawab keatas sebarang pertikaian yang timbul daripada setiap pengisiaan maklumat penyertaan yang tidak lengkap atau tidak tepat dalam borang pendaftaran.
  • Penganjur berhak menghubungi peserta dari semasa ke semasa melalui e-mel atau telefon. Segala notis yang dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan untuk acara ini akan dianggap diterima oleh peserta.
  • Pembelian baju atau pelekat bagi acara ini tidak boleh dikembalikan. Namun penganjur tetap akan membenarkan perubahan bagi ukuran baju acara ini mengikut budi bicara Penganjur tersendiri.
  • Pendaftaran bagi acara ini tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.
  • Setelah mendaftar, peserta akan menerima slip pengesahan melalui e-mel. Peserta hendaklah memaklumkan kepada penganjur melalui e-mel jika tidak menerima slip pengesahan pendaftaran atau jika terdapat kesalahan maklumat dalam slip pengesahan pendaftaran. Peserta perlu melaporkan kepada pihak penganjur dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh pendaftaran, jika tidak, maklumat tersebut akan dianggap betul dan muktamad.
  • Slip pengesahan pendaftaran adalah satu-satunya bukti sah bagi setiap pendaftaran dan digunakan untuk kelayakan peserta. 

TERMA & SYARAT PENGHANTARAN REKOD KIRAAN LANGKAH

  • Peserta mesti mengemukakan keputusan pengiraan langkah dengan bukti. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan dan membatalkan penyerahan yang mencurigakan dan tidak meyakinkan.
  • Tarikh penyerahan keputusan akhir adalah pada 31 Julai 2021. Sebarang penghantaran keputusan yang lewat tidak akan dilayan.
  • Carta kedudukan adalah berdasarkan usaha terbaik Penganjur. Setiap kedudukan adalah berdasarkan pada rekod keputusan yang diberikan oleh peserta dan tidak dapat dianggap sebagai hasil rasmi. Penganjur tidak boleh mengesahkan ketepatan hasil yang diberikan oleh peserta.

PENGANJUR

Anjuran Bersama : Checkpoint Spot Sdn Bhd dan Rasuah Busters
E-mel : info@checkpointspot.asia