Tema bagi sambutan Bulan Pemakanan adalah ‘Nutrition – The Key to Combating Health Threats’ atau ’Pemakanan Sihat – Kunci Memerangi Ancaman Penyakit’. Tema ini bersesuaian dengan mesej Piramid Makanan Malaysia 2021 dan Pinggan Sihat Malaysia yang menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam jumlah yang lebih banyak iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian untuk sayur-sayuran dan 2 sajian untuk buah-buahan setiap hari.