Anjuran BADAN KEBAJIKAN PEKHIDMAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MAIWP; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan sebuah agensi agama dan juga peneraju transformasi kepada pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya.
Oleh yang demikian, MAIWP sentiasa berusaha bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi impak yang maksimum kepada golongan sasar.
Hal ini adalah selaras dengan slogan MAIWP “Memacu Kegemilangan Ummah” yang menggambarkan usaha proaktif MAIWP dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan sosio ekonomi ummah.