Maklumat Acara

Merdeka Ultra Challenge

Kerjasama!! Semangat Berpasukan!!

Mari sertai kami untuk berganding bahu bersama rakan sepasukan untuk melengkap kan misi 10,000km dalam tempoh 45hari.

Ayuh buktikan semangat setiakawan berpasukan kumpulan anda

Maklumat Pendaftaran

Lokasi: Dimana-mana tempat yang selamat
Masa : Bila-bila masa (Patuhi SOP MKN)
Jarak : 10,000 km
Tempoh Larian : 15 Ogos - 30 Sept 2021
Tarikh Tutup Pendaftaran : 14 Ogos 2021

Kelayakan
e-Bib
e- Sijil
Medal
Headwear

Pilihan Pembelian
BAJU

Harga
YURAN PENDAFTARAN : RM 40 (PER PERSON)
BAJU ACARA : RM 35 (SS) / RM 40 (LS)
PENGHANTARAN: RM 10 (SM) / RM 15 (SS)

Kategori

10,000km perlu dilengkapkan oleh setiap pasukan dalam tempoh masa 45 hari

(min 30km perseorangan untuk melayakkan penerimaan kit larian)

Baju & Medal

Merdeka Ultra Challenge

Merdeka Ultra Challenge

Merdeka Ultra Challenge

Merdeka Ultra Challenge

Merdeka Ultra Challenge

Headwear

Merdeka Ultra Challenge

Penghantaran Kit Perlumbaan

6 minggu selepas acara berakhir

Terma & Syarat

PERATURAN ACARA

  • MERDEKA ULTRA CHALLENGE [“Acara”] terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan yang mungkin berlaku semasa menjalankan penyertaan. Peserta yang menyertai acara ini perlu menanggung risiko sendiri.
  • Acara ini adalah acara maya. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kematian, kerosakan atau kehilangan harta benda, sama ada peribadi atau sebaliknya, yang dialami atau disebabkan, daripada penyertaan anda dalam acara ini.
  • Penganjur berhak untuk mengubah sebarang perincian acara, atau untuk membatalkan acara pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada peserta. Sekiranya acara mesti dibatalkan, penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan dan kerugian yang berlaku.
  • Sekiranya ada ketidakpastiaan dalam salah satu ketentuan, penganjur boleh sewenang-wenangnya menafsirkan dan membuat keputusan akhir bagi permasalahan tersebut.
  • Segala kemaskini acara ini, termasuk perubahan pada Terma & Syarat akan dipaparkan pada halaman pendaftaran acara ini. Peserta tanggungjawab untuk terus mengikuti perkembangan dan perubahan tersebut dengan sendiri. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ketidakselesaan yang disebabkan oleh perubahan dalam acara.
  • Semua Peserta mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pandemik Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan semasa melakukan acara. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas pelanggaran terhadap sebarang peraturan dan undang-undang oleh peserta. Anda boleh merujuk kepada SOP terbaru oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di http://covid-19.moh.gov.my/

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN

  • Peserta harus berikan maklumat yang benar, tepat, lengkap dan terkini mengenai diri anda semasa melakukan pendaftaran. Sekiranya peserta memberikan maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, dan penganjur mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, penganjur boleh membatalkan pendaftaran peserta.
  • Penganjur tidak akan melayan atau bertanggungjawab keatas sebarang pertikaian yang timbul daripada setiap pengisiaan maklumat penyertaan yang tidak lengkap atau tidak tepat dalam borang pendaftaran.
  • Penganjur berhak menghubungi peserta dari semasa ke semasa melalui e-mel atau telefon. Segala notis yang dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan untuk acara ini akan dianggap diterima oleh peserta.

Organizer