Let's Fun with Pinky Ponny Virtual  Fun Run

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

Maklumat Larian

ACARA : PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN

TARIKH : 15 JUN - 10 OGOS 2021

TEMPAT : MANA-MANA TEMPAT DAN BILA-BILA MASA

TENTANG : Let's Fun with Pinky Ponny Virtual Fun Run

JARAK : 5 KM ( 12 tahun Keatas) / 2.5KM ( 4-11 tahun)

Kaedah Aktiviti

  1. BERLARI
  2. BERJALAN
  3. III. KIRAAN LANGKAH (STEPS COUNTER)
  4. BERLARI/BERJALAN SETEMPAT (secara manual atau menggunakan treadmill)
    Peserta boleh mengesan jarak larian dengan menggunakan kaedah seperti berikut:
    1. Berlari/berjalan di luar dengan menggunakan aplikasi jejaki ( GPS )
    2. Berlari/berjalan di dalam rumah dengan treadmill atau pusingan di dalam/luar rumah
    3. Kiraan langkah (1KM = 1,500 langkah) menggunakan mana-mana aplikasi kiraan langkah (steps counter detector)
    4. Peserta boleh memisahkan jarak larian menjadi beberapa jarak larian yang lebih pendek. Jarak larian hendaklah dikumpulkan dengan beberapa jarak larian yang telah diselesaikan dalam tempoh masa larian tersebut mulai 15 Jun hingga 10 Ogos 2021. Jarak larian/langkah yang dikumpul hendaklah tidak melebihi dari 5 rekod.

Yuran Masuk (tidak termasuk yuran proses atas talian oleh penyedia perkhidmatan atas talian)

Kategori/kadar yuran

Normal

(Terhad 1200 pax)

A

TERBUKA (OPEN)

Lelaki Dan Perempuan Terbuka

( 4 tahun dan ke atas )

RM29

(self collect)

AP

TERBUKA (OPEN)

Lelaki Dan Perempuan Terbuka

( 4 tahun dan ke atas )

(caj postage : RM7)

RM36

(Termasuk caj pengeposan seluruh Malaysia)

*Tiada bayaran balik yuran untuk peserta yang akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut dengan apa alasan pun.

*Tidak dibenarkan untuk memindahkan penyertaan mereka ke peserta lain atau menukar kategori perlumbaan.

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

Tarikh Pendaftaran

Mulai: 15 JUN 2021

Tarikh Tutup Pendaftaran: 5 OGOS 2021

TEMPOH LARIAN : 15 JUN hingga 10 OGOS 2021

Kit Peserta (Entitlements)

setiap peserta akan menerima seperti dibawah setelah menyelesaikan larian/berjalan/langkah seperti yang ditetapkan:-

Keterangan

Kategori

A

Kategori

AP

T-shirt Virtus Mic-Dry Running ( full sublimation)

Medal Penamat (FINISHER Medal)

Wristband Bib No.

E-Sijil Penyertaan ( participant E-Cerf)

Pengeposan Kit Peserta melalui kurier

 

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

T-Shirt & Medal

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

Result Submission

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

PINKY PONNY VIRTUAL FUN RUN 2021

Pengambilan/Pengeposan Kit Penyertaan (Entry Kit)

  1. Pengambilan Sendiri ( Self Collect) untuk peserta Kuala Terengganu & Kuala Nerus SAHAJA.
    1. Pengambilan sendiri kit larian hanyalah untuk peserta yang beralamat di Kuala Terengganu/ kuala Nerus ataupun bekerja di Kuala Terengganu/Kuala Nerus SAHAJA. (tertakluk kpd arahan MKN dari masa kesemasa)
      Semua peserta DIBENARKAN menukar kaedah pengambilan sendiri kit larian kepada pos/kurier (Bayaran POS sebanyak RM10 akan dikenakan jika pilihan ini diperlukan)

    2. Kit larian boleh diambil di:
      Excell Team Resources ( ULTRON Terengganu)
      22610 Tgkt 1, Jalan SK Gong Badak 21300 Kuala Nerus Terengganu.
      Tarikh Cadangan : 2&3 September 2021 Tertakluk kepada pindaan)
      Masa : 9.30 pagi - 5.30 ptg

  2. Secara Pos ( dengan no. tracking)
    1. Pengeposan Kit Peserta akan dipos mulai 05 September 2021 dan seterusnya.
    2. Pengeposan untuk seluruh Malaysia sahaja.

Untuk mematuhi SOP semasa COVID-19, pihak penganjur akan menghubungi peserta yang berdaftar melalui emel atau whatsapp (setelah tempoh larian tamat)sekiranya ada perubahan dengan tarikh seperti yang di nyatakan di atas untuk pengambilan sendiri kit larian.

Penghantaran Laporan/Keputusan Larian (Submition Report)

Dalam tempoh ( 15 Jun hingga 10 Ogos 2021 ), peserta hendaklah menggunakan atau memuat turun mana-mana aplikasi yang boleh menjejaki larian/langkah anda dan ambil gambar (photo) yang menunjukkan tarikh dan jarak langkah sebagai bukti larian anda.

Sila hantar keputusan aktiviti larian/berjalan/ kiraan langkah dan E-tiket atau slip pengesahan peserta ke pinky.ets2020@gmail.com mulai 15 Jun 2021.

Syarat-Syarat & Peraturan-Peraturan (Terms And Conditions)

(Peserta yang berdaftar dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat ini)

  1. Terbuka kepada siapa yang berminat untuk menyertai acara ini.(seluruh Malaysia)
  2. Penganjur berhak untuk menghadkan dan menolak mana-mana pendaftaran.
  3. Hanya peserta yang berumur 4 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk menyertai acara ini. Peserta berumur 18 tahun kebawah perlu mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga untuk menyertai acara ini.
  4. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan diri semasa aktiviti berlangsung. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan dipertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan, sama ada maut/kematian atau apa-apa kecelakaan dan atau kerosakkan atau kehilangan harta benda sepanjang menjalankan aktiviti ini. Semua risiko adalah tanggungan peserta.
  5. Penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau menukar tarikh acara. Yuran penyertaan tidak dikembalikan sekiranya acara itu dibatalkan dengan apa jua alasan.
  6. Peserta DINASIHATKAN untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding dengan pengamal perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum memulakan larian ini. Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mereka cergas dan sihat untuk turut serta dalam larian ini.
  7. Peserta perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa ketika ingin menjalankan aktiviti ini semasa dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP). Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya peserta disabitkan kesalahan di atas perkara tersebut dan menjadi tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  8. Penganjur akan menyerahkan/mengepos kit peserta (race kit) larian seperti ke alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Sekiranya saiz dan warna tidak tersedia, Pihak penganjur berhak untuk menggantinya dengan saiz dan warna yang lain tanpa pemberitahuan kepada peserta terlebih dahulu.
  9. Tiada pertukaran warna atau saiz T-shirt larian apabila maklumat telah diserahkan semasa pendaftaran.

Organizer

Organizer : EXCELLENT TEAM RESOURCES
Contact No. : 011-26497743/53
Email : excelteamresources@gmail.com