Program Info

START POINT: Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Date: 8th April 2023 (Saturday) / 17 Ramadan 1444H
Time: 10.00pm
Route: 30km ride
Registration Period: 22nd January 2023 – 9th March 2023 

Komponen Program

Rival Ramadan Ride

Yuran Pendaftaran & Pakej

Rival Ramadan Ride

Pengambilan Kit Kayuhan

Hotel Grand Riverview
Tarikh: 7 & 8 April 2023
Masa: 9.00am – 3.00pm

Cabutan Bertuah

Rival Ramadan Ride

Baju Program & Ukuran

Rival Ramadan Ride
Rival Ramadan Ride
Rival Ramadan Ride

Nombor Bib

Rival Ramadan Ride

E-cert

Rival Ramadan Ride

Peraturan

Pengenalan

  1. Program Rival Ramadan Ride ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi sihat.
  2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Pendaftaran

  1. Pendaftaran bermula 22hb Januari 2023 dan akan berakhir pada 9hb Mac 2023.
  2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
  3. Kategori yang di tawarkan adalah 30KM.
  4. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti yang akan dilaksanakan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
  5. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.
  6. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz.
  7. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.
  8. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
  9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24jam daripada penghantaran email pengesahan.
  10. Sijil Penyertaan boleh di muat turun selepas 15hb April 2023.

Aktiviti Kayuhan.

  1. Aktiviti kayuhan dilaksanakan pada 8 April 2023 jam 10:00pm
  2. Semua peserta hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti penjarakan sosial dan kebersihan diri sepanjang perlaksanaan aktiviti dilakukan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran terhadap mana – mana peraturan dan undang – undang oleh peserta. SOP perlaksanaan aktiviti boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Belia & Sukan di http://www.kbs.gov.my/sop-sukan-rekreasi.html
  3. Para peserta adalah diwajibkan memasang lampu depan dan belakang sewaktu menyertai program ini.
  4. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.

Penyerahan Kit Kayuhan

  1. Penyerahan kit kayuhan pada 7 & 8 April 2023 di Hotel Grand Riverview.
  2. Bagi kit kayuhan yang gagal di tuntut selepas 8hb April 2023. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Cabutan Bertuah

  1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan
  2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -
    •   1x TV
    •   2x Kipas
    •   2x Penyedut Hampagas
    •   2x Pengering Rambut
    •  10x Hamper
  3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
  4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara kayuhan. Hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.
  5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.

Lain – Lain

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 014-2345993, 019-2690094 dan 03-42653012.

Maklumat Penganjur

Penganjur: Pertubuhan Nadi Sihat
Hubungi: 014-2345993, 019-2690094 dan 03-4265 3012
Instagram: nadisihatofficial
Facebook: Pertubuhan Nadi Sihat
Website: https://nadisihat.weebly.com/
Email: nadisihatofficial@gmail.com