Eksplorasi Merdeka Rapid KL 3.0 kembali lagi!

Cabar diri dengan menyelesaikan tugasan ekplorasi dan muncul sebagai juara.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi wang tunai dan cabutan bertuah berjumlah sehingga RM15,000.

Event Info

Date: 24 Ogos 2024, Sabtu
Time: 8.30 pagi - 6 petang
Venue: Dataran Muzium Negara, Jln Damansara, Kuala Lumpur

Race Pack Collection

Date: 24 Ogos 2024, Sabtu
Time: 8.30 pagi-10.00 pagi
Venue: Dataran Muzium Negara, Jln Damansara, Kuala Lumpur

Category & Joining Fees

- Minima 2 orang & maksima 4 orang satu pasukan.
- Yuran pendaftaran RM248.50 setiap pasukan termasuk caj pentadbiran sistem pendaftaran.

Participant Entitlements

Prizes

Terms & Conditions

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Eksplorasi Merdeka Rapid KL 3.0 (“EMRKL 3.0”), dianjurkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (No Pendaftaran Syarikat: 199801011092 (467220-U)) (“Penganjur”) akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024.

2. Pendaftaran untuk penyertaan terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun dan ke atas dan untuk WARGANEGARA Malaysia sahaja.

3. Penyertaan hanya terhad kepada 300 pasukan sahaja. Setiap pasukan mestilah mempunyai minima 2 orang peserta sehingga maksima 4 orang peserta.

4. Semua peserta mestilah mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang baik untuk menyertai EMRKL 3.0. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan atau mengalami masalah kesihatan sepanjang EMRKL 3.0 berlangsung. Peserta sedar sepenuhya bahaya dan risiko yang wujud apabila menyertai EMRKL 3.0, termasuk kemungkinan trauma fizikal yang serius, kecederaan atau kematian.

5. Peserta melepaskan semua liabiliti sepenuhnya, termasuk kecuaian terhadap Penganjur, syarikat pendaftaran dalam talian, sub-kontraktor, harta atau kakitangan pihak majlis perbandaran, semua penaja termasuk penaja bersama atau individu yang berkaitan dengan EMRKL 3.0 termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana pekerja, ejen, sukarelawan dan ahli gabungan masing-masing, termasuk OPERASI PENYELAMATAN KECUAIAN yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia dimana EMRKL 3.0 dijalankan (“Pelepasan”).

6. Peserta mengetepikan hak muktamad untuk menyaman Pelepasan untuk mana-mana dan semua tuntutan, kerugian atau kerosakan kepada harta benda peserta atas sebarang kecederaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada kematian atau kecederaan peserta atau kerosakan harta benda, yang kesemuanya disebabkan atau didakwa disebabkan secara keseluruhan atau sebahangiannya kecuaian Pelepasan atau sebaliknya.

7. Sebarang kos yang terlibat sepanjang aktiviti EMRKL 3.0 berlangsung adalah di bawah tanggungan peserta termasuk kos pengangkutan awam dan lain-lain.

8. Setiap peserta DIWAJIBKAN membawa kad Touch 'n Go yang mempunyai baki minima sekurang-kurangnya RM15.00. Sila pastikan tiada sebarang langganan pas Rapid KL di dalam kad tersebut.

9. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM248.50 setiap pasukan termasuk caj pentadbiran sistem pendaftaran. Untuk pendaftaran penyertaan, daftar di laman sesawang www.checkpointspot.asia. Setiap pasukan akan menerima 4 Kit Eksplorasi (sebelum permulaan acara) dan 4 pingat setelah acara tamat. Pingat hanya akan diberikan kepada peserta yang hadir dan menyertai acara.

10. Sekiranya peserta yang telah berdaftar tidak hadir pada hari acara, maka penyertaan tersebut dianggap terbatal dan yuran penyertaan tidak akan dipulangkan.

11. Peserta dilarang sama sekali memindahkan penyertaan mereka kepada pihak lain selepas pendaftaran mereka telah disahkan.

12. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Ogos 2024. Peserta yang berjaya mendaftar akan menerima e-mel pengesahan daripada laman CheckPointAsia. E-mel pengesahan ini perlu ditunjukkan kepada ahli kru pada hari acara, untuk pengutipan Kit Eksplorasi.

13. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak layak, atau mengandungi unsur penipuan akan dianggap tidak sah. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dan tidak bertanggungjawab ke atas penyertaan yang lewat dan tidak sampai ke makluman Penganjur sebelum tarikh tutup.

14. Pihak Penganjur berhak menutup penyertaan sebelum tarikh tutup tanpa sebarang notis atau apabila kuota penyertaan penuh.

15. Peserta DIWAJIBKAN memakai T-shirt rasmi EMRKL 3.0 sepanjang acara berlangsung.

16. Dengan menyertai EMRKL 3.0 ini, peserta telah bersetuju dan memberikan kebenaran untuk data peribadi mereka diambil, diproses dan digunakan oleh Prasarana Malaysia Berhad sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Syarikat dimana boleh didapati di https://www.myrapid.com.my/pdpa-notice (“Notis Privasi Syarikat”).

17. Dengan menyertai EMRKL 3.0 ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di sini.

18. Penganjur secara mutlak mempunyai hak untuk mengubah, memadam atau mengubah suai mana-mana maklumat tanpa sebarang notis awal.

19. Penganjur berhak untuk menghadkan dan/atau menolak penyertaan tanpa memberikan sebarang sebab dan notis.

20. Penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar (termasuk gambar peserta), gambar bergerak, rakaman atau sebarang rekod media, untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan pengedaran kepada Penganjur.

21. Peserta bersetuju memberi hak kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta dalam siaran, akhbar, majalah, risalah, laman web internet dan media lain tanpa pampasan atau notis.

22. Terma dan syarat ini ditadbirkan oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan kempen ini hendaklah dirujuk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

Organiser Information

Penganjur: Rapid KL
Sila hubungi melalui Whatsapp: 010-3685341 (Hamburger Asia Sdn Bhd)
Akaun media sosial rasmi: MyRapidKL