LARIAN SIHAT KELUARGA MALAYSIA 2022
Pengenalan
1. Program Larian Sihat Keluarga Malaysia 2022 ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi sihat.
2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Pendaftaran
1. Pendaftaran bermula 15hb Julai 2022 dan akan berakhir pada 31hb Julai 2022.
2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
3. Kategori yang di tawarkan adalah 7KM.
4. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti yang akan dilaksanakan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
5. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.
6. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz dan ianya tertakluk kepada 1000 peserta terawal.
7. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.
8. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24jam daripada penghantaran email pengesahan.
Aktiviti Larian.
1. Aktiviti larian dilaksanakan pada 7 Ogos 2022 jam 8:00am
2. Sijil penyertaan boleh di muat turun di web selepas 8 Ogos 2022.
3. Semua peserta hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti penjarakan sosial dan kebersihan diri sepanjang perlaksanaan aktiviti dilakukan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran terhadap mana – mana peraturan dan undang – undang oleh peserta. SOP perlaksanaan aktiviti boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Belia & Sukan di http://www.kbs.gov.my/sop-sukan-rekreasi.html
4. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.
Penyerahan Kit Larian
1. Penyerahan kit larian pada 5 & 6 Ogos 2022 di Stadium Perpaduan Kuching.
2. Bagi kit larian yang gagal di tuntut selepas 7hb Ogos 2022. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.
Cabutan Bertuah
1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan
2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -
• 1x Motosikal Modenas Kris 110
• 2x TV
• 3x Basikal
• 3x Kipas Angin
• 1x Penyedut Hampagas
• 1x Pembakar roti
• 1x Sanitizer
• 3x Botol Air
3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara larian. Hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.
5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.
Lain – Lain
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 017 359 5417, 019 269 0094, 017 615 7019 dan 03 4265 3012, .