MAKLUMAT LARIAN

ACARA              :  ACTIVE VIRTUAL RUN 2021
TARIKH DAFTAR :  01 JULAI 2021 -  31 OGOS 2021
TEMPAT             : MANA-MANA TEMPAT DAN BILA-BILA MASA  ( yang bersesuaian)
TENTANG : Let's Fun with Active VIRTUAL Run 2021.”Active will make you thinks smart”
Bosan atau penat dengan Pdpr pada waktu PKP ni????... Aktifkan Diri Anda dengan menyertai “Active Virtual Run 2021” supaya anda lebih cergas dan berfikiran cerdas.
JARAK              : 5KM 

KAEDAH AKTIVITI

  1. BERLARI
  2. BERJALAN
  3. KIRAAN LANGKAH ( STEPS COUNTER)
  4. BERLARI/BERJALAN SETEMPAT (secara manual atau menggunakan treadmill)

    Peserta boleh mengesan jarak larian dengan menggunakan kaedah seperti berikut:

    1. Berlari/berjalan di luar dengan menggunakan aplikasi jejaki ( GPS )
    2. Berlari/berjalan di dalam rumah dengan treadmill atau pusingan di dalam/luar rumah
    3. Kiraan langkah (1KM = 1,500 langkah) menggunakan mana-mana aplikasi kiraan langkah (steps counter detector)
    4. Peserta boleh memisahkan jarak larian menjadi beberapa jarak larian yang lebih pendek. Jarak larian  hendaklah dikumpulkan dengan beberapa jarak larian yang telah diselesaikan dalam tempoh masa larian tersebut mulai 01 Julai hingga  05 Sept. 2021. Jarak larian/langkah yang dikumpul hendaklah tidak melebihi dari 5 rekod.

YURAN MASUK

Active Virtual Run


*Tidak termasuk yuran proses atas talian oleh penyedia perkhidmatan atas talian
*Tiada bayaran balik yuran untuk peserta yang tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut dengan apa alasan  pun.
*Tidak dibenarkan untuk memindahkan penyertaan  mereka ke peserta lain atau menukar kategori perlumbaan.

KOD KATEGORI KUMPULAN UMUR
A Murid Sekolah L/P 7-17 Tahun
B Murid Sekolah L/P 7-17 Tahun
C Murid Sekolah L/P 7-17 Tahun
D Murid Sekolah L/P 7-17 Tahun
E Terbuka L/P 18 Tahun ke atas


Tarikh pendaftaran
Mulai: 01 JULAI 2021
Tarikh Tutup Pendaftaran: 31 OGOS 2021
TEMPOH LARIAN : 01 JULAI hingga 05 SEPTEMBER  2021

BERITA BAIK UNTUK MURID-MURID SEKOLAH YANG MENYERTAI PROGRAM INI.

Pihak Bahagian Sukan,Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi  kebenaran penglibatan murid sekolah bagi menyertai program ini serta tiada halangan untuk pengiktirafan Sijil Penyertaan sebagai program Peringkat Kebangsaan bagi membolehkan murid-murid/pelajar-pelajar yang menyertai acara ini mendapat pemarkahan yang lebih tinggi di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

 

PENGEPOSAN PERCUMA KIT PENYERTAAN(Entry kit)(dengan no. tracking)

  1. Pengeposan Kit Peserta akan di pos mulai 30 Sept 2021 dan seterusnya.
  2. Pengeposan untuk seluruh Malaysia sahaja.

Pihak penganjur akan menghubungi peserta yang berdaftar melalui emel atau whatsapp sekiranya berlaku perubahan pada tarikh seperti yang di nyatakan di atas  untuk urusan pengeposan kit larian.

PENGHANTARAN LAPORAN/KEPUTUSAN LARIAN (Submition Report)

Active Virtual Run Active Virtual Run

Dalam tempoh (01 Julai hingga 05 Sept. 2021), peserta hendaklah menggunakan atau memuat turun mana-mana aplikasi yang boleh menjejaki larian/langkah anda dan ambil  gambar (photo) yang menunjukkan tarikh dan jarak langkah sebagai bukti larian anda.

Sila hantar keputusan aktiviti larian/berjalan/ kiraan langkah dan E-tiket atau slip pengesahan peserta  anda (untuk pengeposan kit peserta) anda ke active.etr@gmail.com mulai 01 Julai hingga 05 Sept. 2021.

SYARAT-SYARAT & PERATURAN-PERATURAN (Terms and conditions)

  1. Terbuka kepada siapa yang berminat untuk menyertai acara ini.(seluruh Malaysia)
  2. Penganjur berhak untuk menghadkan dan menolak mana-mana pendaftaran.
  3. Hanya peserta yang berumur 7 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk menyertai acara ini. Peserta berumur 18 thn. kebawah perlu mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga untuk menyertai acara ini.
  4. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan diri semasa aktiviti berlangsung. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan di pertanggungjawab keatas apa-apa kecederaan, sama ada maut/kematian atau apa-apa kecelakaan dan atau kerosakkan atau kehilangan harta benda sepanjang menjalankan aktiviti ini. Semua risiko adalah tanggungan peserta.
  5. Penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau menukar tarikh acara. Yuran penyertaan tidak dikembalikan sekiranya acara itu dibatalkan dengan apa jua alasan.
  6. Peserta DINASIHATKAN untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding dengan pengamal perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum memulakan larian ini. Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mereka cergas dan sihat untuk turut serta dalam larian ini.
  7. Peserta perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa ketika ingin menjalankan aktiviti ini semasa dibawah Perintah            Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP). Pihak penganjur tidak               bertanggungjawab sekiranya peserta disabitkan kesalahan di atas perkara tersebut dan menjadi tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  8. Penganjur akan menyerahkan/mengepos kit peserta (race kit) larian seperti ke alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Sekiranya saiz dan warna tidak tersedia, Pihak penganjur berhak untuk     menggantinya dengan saiz dan warna yang lain tanpa pemberitahuan kepada peserta terlebih dahulu.
  9. Tiada pertukaran warna atau saiz T-shirt larian apabila maklumat telah diserahkan semasa pendaftaran.
  10. Peserta yang berdaftar dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat ini

KIT LARIAN UNTUK KATEGORI TERBUKA

Active Virtual Run

KIT LARIAN UNTUK KATEGORI MURID

Active Virtual Run

CARTA SAIZ BAJU

Active Virtual Run

PENGANJUR

Organizer : EXCELL TEAM RESOURCES
Contact No. : 011-26497743/53
Email : excelteamresources@gmail.com