Program ini merupakan larian secara santai yang mempunyai 2 Kategori iaitu sejauh 5KM dan 7KM berhalangan - *'inflatable' obstacle.

Program Info

Date: 2 Dec 2023
Venue: UiTM Puncak Alam Campus
Distance: 5KM & 7KM

Yuran penyertaan Minima sebanyak *RM35.00 setiap peserta. Para peserta juga diberi T-Shirt sebagai tanda kenangan menyertai program ini.


Penyerahan Kit Larian

Runner's Entitlement





Terms & Conditions

CAMPUS OBSTACLE RUN

Pengenalan

  1. Program CAMPUS OBSTACLE RUN ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi Sihat dengan Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Cawangan Selangor
  2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Pendaftaran

  1. Pendaftaran bermula 10hb Oktober 2023 dan akan berakhir pada 10 November 2023.
  2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
  3. Kategori yang di tawarkan 5KM dan 7KM lari berhalangan.
  4. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti larian. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
  5. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.
  6. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz.
  7. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.
  8. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
  9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24-jam daripada penghantaran email pengesahan.


Penyerahan Kit Larian

  1. Penyerahan kit larian akan diadakan pada 1hb Disember 2023 di Dewan Serbaguna Uitm Puncak Alam, Selangor.
  2. Bagi kit larian yang gagal di tuntut selepas 2hb Disember 2023. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Aktiviti Larian

  1. Aktiviti larian akan diadakan pada 2hb December 2023 jam 7:00 pagi.
  2. Sijil penyertaan boleh di muat turun di web selepas 2hb Disember 2023.
  3. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.
  4. Setiap peserta hendaklah mengikuti arahan pegawai dan marshall bertugas sewaktu acara berlangsung.
  5. Peserta juga perlu mengambil langkah – langkah pencegahan dan keselamatan yang patut bagi mengelak perkara – perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu program berlangsung.


Cabutan Bertuah

  1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan
  2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -
    • 1x TV
    • 2x Kerusi Gaming
    • 1x Basikal Lipat
    • 3x Headphone Wireless
    • 1x Pengering Rambut
    • 1x Iron Travel
    • 5x Bag Laptop
  3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
  4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara larian dan hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.
  5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.

 

Lain – Lain
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019 269 0094, 019 287 0094 dan 014 234 5993.