Program Larian & Kayuhan Lestari KL Green Symphony 2024 ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi Sihat dengan Kerjasama Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP). Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan keatas. Peserta berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dan perakuan pelepasan kesihatan kepada penganjur.


Komponen Program


Yuran Penyertaan


Penyerahan Kit Larian

Office Location link : https://g.co/kgs/TbjFYNf

TShirt Pelari & Saiz


Medal


Hadiah Cabutan Bertuah


Wrist Band


E-Cert Penamat


Peraturan

Pengenalan

1. Program Larian & Kayuhan Lestari KL Green Symphony 2024 ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi Sihat dengan Kerjasama Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan keatas. Peserta berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dan perakuan pelepasan kesihatan kepada penganjur.

Pendaftaran

1. Pendaftaran bermula 01hb September 2024 dan akan berakhir pada 15hb Oktober 2024.

2. Peserta boleh mendaftar di www.checkpointspot.asia

3. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti larian. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.

4. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.

5. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz.

6. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.

8. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.

9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24-jam daripada penghantaran email pengesahan.

Penyerahan Kit Larian

1. Penyerahan kit larian akan diadakan pada 19hb Oktober 2024 di Pejabat Pertubuhan Nadi Sihat.

2. Bagi kit larian yang gagal di tuntut selepas 20hb Oktober 2024, pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Alamat Pejabat Pertubuhan Nadi Sihat: E05-G, Block E, Jalan Selaman 1/2, Dataran Palma, Off, Jln Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

 Aktiviti Larian

1. Aktiviti larian akan diadakan pada 20hb Oktober 2024 jam 7:00 pagi di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan berakhir di Taman Eko Rimba Bukit Nanas (TERKL).

2. Sijil penyertaan boleh dimuat turun di portal checkpoint pada 25hb Oktober 2024.

3. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.

4. Setiap peserta hendaklah mengikuti arahan pegawai dan marshall bertugas sewaktu acara berlangsung.

5. Peserta juga perlu mengambil langkah – langkah pencegahan dan keselamatan yang patut bagi mengelak perkara – perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu program berlangsung.

Cabutan Bertuah

1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan

2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -

• 1x TV

• 1x Basikal Lipat

• 1 x Penyedut Hampagas

• 1x Pengering Rambut

• 1x Pembakar Roti

3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.

4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara larian dan hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.

5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.

Lain – Lain

Pihak penganjur berhak untuk menukar,meminda atau menambah apa-apa terma yang difikirkan perlu bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. sebarang bentuk perubahan akan dimaklumkan di FB Page Pertubuhan Nadi Sihat dan ianya dianggap diterima oleh semua peserta.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian +014 234 5993, +019 287 0094 dan +019 269 0094.

Maklumat Penganjur

Penganjur : Pertubuhan Nadi Sihat
Contact No. :
019-2690094
Email : 
fahisha.irwan@gmail.com
Telegram :
 https://t.me/+CJOqMjcA9TUyODJl
Office Location link : https://g.co/kgs/TbjFYNf

Telegram

Click to join Telegram :