LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL) dan PUSPANITA LADA akan mengadakan LADA FUN RUN 2024 yang pastinya akan memberikan pengalaman terbaik kepada anda semua. Sempena Hari Sukan Negara 2024, kami menyambut baik saranan GAYA HIDUP SIHAT serta memberikan anda pengalaman berlari di salah satu pulau terbaik di dunia!