Program LARIAN CIK SITI WAN KEMBANG ini adalah anjuran Kelab Cinta Nasional & Pertubuhan Nadi Sihat berkonsepkan sukan pelancongan bersempena dengan Sambutan Hari kemerdekaan dan promosi Tahun Melawat Kelantan 2024.

Program ini merupakan larian secara santai dan kategori yang di tawarkan 5KM dan 10KM Podium. Program ini adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur *7 tahun dan ke atas mengikut kategori yang ditawarkan.

Program Info

*5KM Fun Run: Peserta berkumpulan 4 minimum & 5 maximum (RM50.00)
(select Add Participant up to 4pax to get group discount)

Runner Entitlement

Hadiah 10KM Podium

Pengambilan Kit Larian

Peraturan

Pengenalan

  1. Program LARIAN CIK SITI WAN KEMBANG ini adalah anjuran Kelab Cinta Nasional & Pertubuhan Nadi Sihat berkonsepkan sukan pelancongan bersempena dengan Sambutan Hari kemerdekaan dan promosi Tahun Melawat Kelantan 2024.
  2. Program ini adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur *7 tahun dan ke atas mengikut kategori yang ditawarkan.

Pendaftaran

  1. Pendaftaran bermula 1hb April 2024 dan akan berakhir pada 31 Julai 2024.
  2. Peserta yang mendaftar awal sebelum 01hb Jun 2024 layak untuk mendapat potongan harga yuran pendaftaran seperti mana diiklankan.
  3. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
  4. Kategori yang di tawarkan 5KM dan 10KM Podium.
  5. Untuk kategori 10km Podium terdapat 4sub kategori yang ditawarkan iaitu: 10km Men Open, 10km Men Master, 10km Woman Open & 10km Woman Master.
  6. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan yang baik untuk melaksanakan aktiviti larian. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
  7. Hanya 1 penyertaan dibenarkan untuk setiap Peserta. Perubahan kategori tidak dibenarkan setelah pendaftaran telah selesai dilakukan.
  8. Peserta dilarang sama sekali menukar, memindahkan, menjual, atau membenarkan mana-mana orang lain memakai bib lariannya, melainkan mendapatkan kebenaran oleh penganjur.
  9. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.
  10. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz.
  11. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.
  12. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
  13. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24-jam daripada penghantaran email pengesahan.
  14. Pihak penganjur berhak untuk meminda format acara atau menukar laluan larian untuk memastikan keselamatan peserta.
  15. Untuk kategori berkumpulan fun run 5km, minimum 4 peserta dan maximum 5 peserta layak untuk mendapat yuran pendaftaran RM50 sepanjang tempoh pendaftaran untuk setiap peserta.


Penyerahan Kit Larian

  1. Penyerahan kit larian akan diadakan pada 29hb Ogos 2024 dan 30 ogos 2024 di Dewan Teratai, Resort Pantai Sri Tujuh.
  2. Bagi kit larian yang gagal di tuntut selepas 1hb September 2024. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Aktiviti Larian.

  1. Aktiviti larian akan diadakan pada 31hb Ogos 2024 jam 7:00 pagi.
  2. Bagi peserta yang memerlukan sijil penyertaan, sijil penyertaan boleh di muat turun dari portal pendaftaran selepas 7hb September 2024.
  3. ‘Cut-off time’ untuk melengkapkan larian selama 3 jam.
  4. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.
  5. Setiap peserta hendaklah mengikuti arahan pegawai dan marshall bertugas sewaktu acara berlangsung.
  6. Peserta ‘10km podium’ perlu memastikan memakai bib larian yang ditetapkan di bahagian hadapan. Bib mesti kelihatan di dadanya pada setiap masa. Peserta tidak dibenarkan memulakan larian atau mengambil bahagian dalam acara larian tanpa mempamerkan bib larian.
  7. Menjadi tanggungjawab peserta untuk memastikan bahawa bib lariannya tidak ditutup dengan jaket, ‘beg pouch’, lengannya, atau apa - apa objek lain semasa acara berlangsung. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana - mana peserta yang tidak menggunakan bib larian yang ditetapkan semasa perlumbaan.
  8. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kecederaan, kerosakan, kematian atau apa-apa kerugian lain sepanjang acara dilangsungkan peserta juga dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka sihat tubuh badan.
  9. Peserta juga perlu mengambil langkah – langkah pencegahan dan keselamatan yang patut bagi mengelak perkara – perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu program berlangsung.


Cabutan Bertuah

  1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan.
  2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -
    • Motosikal
    • TV 44 Inci
    • 3x Basikal Lipat
    • 3x‘Rice Cooker’
    • 3x Kipas
    • 2x Pengisar
    • 2x Pengering Rambut
    • 5x Hamper
  3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
  4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara larian dan hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.
  5. Untuk kategori 10km Podium pemenang atau bakal pemenang perlu membuat bantahan secara bertulis dengan deposit sebanyak RM50.00 (hanya akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima) dan bantahan, pertikaian atau rayuan mesti dibuat dalam masa 30 minit selepas keputusan diterbitkan pada papan kenyataan keputusan di tapak atau sejurus selepas penyampaian hadiah, yang mana lebih awal, jika gagal, Penganjur berhak untuk tidak melayan sebarang pertikaian atau rayuan selepas itu.
  6. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana pemenang jika dia didapati hilang kelayakan atas apa jua sebab sekalipun, mengikut budi bicara Penganjur.
  7. Bagi semua pertikaian, keputusan Penganjur adalah muktamad dan tiada pertikaian lain selepas itu akan dilayan.
  8. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.


Lain – Lain

  1. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019 269 0094, 019 287 0094 dan 014 234 5993.
  2. Penganjur berhak untuk membatalkan atau menangguhkan acara pada bila - bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada Peserta. Dalam kes sedemikian, Penganjur hendaklah memaklumkan kepada peserta sebelum tarikh acara. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang disebabkan oleh perubahan tersebut.
  3. Sekiranya berlaku sebarang pembatalan atau penangguhan disebabkan oleh kejadian ‘force majeure’ iaitu, kejadian yang berada di luar kawalan seperti bencana alam, gempa bumi, banjir dan sebagainya pihak penganjur tidak akan membuat bayaran balik kepada peserta.

Maklumat Penganjur

Organized by : Pertubuhan Nadi Sihat

Contact No. : 019-2870094

Email : nadisihatofficial@gmail.com

Website : https://nadisihat.weebly.com/

Facebook : Pertubuhan Nadi Sihat

Instagram : nadisihatofficial