Ianya merupakan program larian sejauh 5km berhalangan - 'inflatable' obstacle di sekitar Tapak Ekspo Usahawan Selangor. Program ini akan dilaksanakan sempena Majlis Perasmian Ekspo Usahawan Selangor pada 6hb Oktober 2024.

Komponen Program


Yuran Penyertaan


Penyerahan Kit Larian

TShirt Pelari & Saiz


Medal


Hadiah Cabutan Bertuah


Wrist Band


E-Cert Penamat


Peta Laluan


Peraturan

Pengenalan

1. Program SELBIZ OBTACLE RUN 2024 ini adalah anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan akan dikendalikan oleh Vfive Sdn Bhd.
2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Pendaftaran

1. Pendaftaran bermula 15hb Julai 2024 dan akan berakhir pada 7 September 2024.
2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
3. Kategori yang di tawarkan adalah 5KM santai.
4. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti larian. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
5. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.
6. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz.
7. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.
8. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24-jam daripada penghantaran email pengesahan.


Penyerahan Kit Larian

1. Penyerahan kit larian akan diadakan pada 5hb Oktober 2024 di Setia City Convention Centre.
2. Bagi kit larian yang gagal di tuntut selepas 6hb Oktober 2024. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Aktiviti Larian
1. Aktiviti larian akan diadakan pada 06hb Oktober 2024 jam 7:30 pagi.
2. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.
3. Setiap peserta hendaklah mengikuti arahan pegawai dan marshall bertugas sewaktu acara berlangsung.
4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kecederaan, kerosakan, kematian atau apa-apa kerugian lain sepanjang acara dilangsungkan peserta juga dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka sihat tubuh badan.
5. Peserta juga perlu mengambil langkah – langkah pencegahan dan keselamatan yang patut bagi mengelak perkara – perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu program berlangsung.
6.Sijil penyertaan boleh di muat turun 7 hari selepas program iaitu pada 14hb Oktober 2024
7. Cut off time selama 2 jam bermula dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.


Cabutan Bertuah

1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan
2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -
• 1x Motosikal
• 1x TV
• 1x Basikal
• 1x Penyedut Hampagas
• 2x Kipas
• 1x Pengering Rambut
• 1x Pembakar Roti
• 3x Thermos Air
3. Semua reka bentuk dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja dan ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara larian dan hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.
5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.

Lain – Lain
Pihak penganjur berhak untuk menukar,meminda atau menambah apa-apa terma yang difikirkan perlu bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. sebarang bentuk perubahan akan dimaklumkan di FB Page Pertubuhan Nadi Sihat dan ianya dianggap diterima oleh semua peserta.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019 269 0094, 019 287 0094 dan 014 234 5993.

Maklumat Penganjur

Penganjur : Pertubuhan Nadi Sihat
Contact No. :
019-2690094
Email : 
nadisihatofficial@gmail.com
Website :
 https://nadisihat.weebly.com/
Facebook : Pertubuhan Nadi Sihat
Instagram : 
nadisihatofficial