Program VISIT PERLIS FUN RIDE & RUN ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi. Sihat dengan Kerjasama Pertubuhan Nadi Sihat. Mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas ke arah Malaysia Negara Bersukan. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Program Info

Runner Entitlement

Pengambilan Kit Larian

Peraturan

Pengenalan

  1. Program VISIT PERLIS FUN RIDE & RUN ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi Sihat.
  2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Pendaftaran

  1. Pendaftaran bermula 19hb April 2024 dan akan berakhir pada 19 Mei 2024.
  2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia dan racexasia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
  3. Kategori yang di tawarkan 7KM Santai.
  4. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti larian. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
  5. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.
  6. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz dan ianya tertakluk kepada 500 peserta terawal.
  7. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.
  8. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
  9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24-jam daripada penghantaran email pengesahan.

Penyerahan Kit Larian

  1. Penyerahan kit larian akan diadakan pada 18hb Mei 2024 di Pejabat Pertubuhan Nadi Sihat, Ampang, Selangor.
  2. Bagi kit larian yang gagal di tuntut selepas 19hb Mei 2024. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Aktiviti Larian

  1. Aktiviti larian akan diadakan pada 19hb Mei 2024 jam 7:00 pagi.
  2. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.
  3. Setiap peserta hendaklah mengikuti arahan pegawai dan marshall bertugas sewaktu acara berlangsung.
  4. Peserta juga perlu mengambil langkah – langkah pencegahan dan keselamatan yang patut bagi mengelak perkara – perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu program berlangsung.

Cabutan Bertuah

  1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan.
  2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -
    • 15 Pakej Penginapan Di Perlis
    • 1x Basikal Lipat
    • 1x Kipas berdiri
    • 1x Pengering Rambut
    • 1x Pengisar
    • 1x Pembakar Roti
  3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
  4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara larian dan hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.
  5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.

Lain – Lain
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019 269 0094, 019 287 0094 dan 014 234 5993.

Maklumat Penganjur

Organized by : Pertubuhan Nadi Sihat

Contact No. : 019-2870094

Email : nadisihatofficial@gmail.com

Website : https://nadisihat.weebly.com/

Facebook : Pertubuhan Nadi Sihat

Instagram : nadisihatofficial